PEJABAT PENTADBIRAN

AJK Kawasan di hadapan Markaz pada hari Gotong Royong
pada 22 April 2001.

Pejabat Pentadbiran PAS Kawasan Bakri terletak di alamat Jeram Masjid, Jalan Bakri 84000 Muar, Johor. Pejabat ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, pada  bulan 15 Mei, 1993. Pejabat ini menempatkan pejabat-pejabat untuk PAS Kawasan Bakri, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bakri dan PASTI Al-Mustaqim. Ia mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah ada sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan PASTI, ceramah, seminar, mesyuarat, kursus dan sebagainya.  Tingkat atas ada pejabat pentadbiran kawasan, pejabat DPP kawasan, bilik gerakan, dewan kuliah dan solat.

Pejabat dibuka untuk urusan pada setiap malam ISnin Selasa dan Khamis pada jam 9.00 hingga 111.00 malam untuk urusan parti.

 Untuk sebarang urusan kepartian dan pertanyaan sila hubungi,  06-9866401 dan email: pasbakri@hotmail.com.

 
PERASMIAN MARKAZ PAS KAWASAN Bakri OLEH YAB TUAN GURU NIK ABD. AZIZ BIN NIK MAT, MB KELANTAN PADA 15 MEI 1993

 

PEJABAT PENTADBIRAN PAS KAWASAN BAKRI

 

YAB semasa ucapan perasmian - 15 Mei 1993

 
 
 
 
Sheqal dan kumpulan nasyidnya memeriahkan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, tahun 2001di hadapan Markaz Bakri