Saya dapat cerita ini dari rakan-rakan semoga kita mendapat pengiktibaran dari cerita ini
  Siapa Tuan Guru Nik Aziz...?
   
 Asalammualaikum...
   
 Ini kali pertama saya dapat berbicara dalam web perbincangan
 sebegini.... syabas saya ucapkan. Saya tahu di luar
sana ramai
 penyokong bulan....alhamdulliah..seperti saya juga.
   
 Di sini saya nak ceritakan satu kisah yang mengambarkan peribadi Tuan
 Guru kita yang amat baik untuk di contohi oleh kaum Umno.
   
 Satu hari saya pergi ke Pasar Besar di Kelantan (Pasar Siti Khatijah)
 untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan sebagainya. Dalam
 mencari-cari barang ternampaklah saya orang yang mukanya amat
 familiar dengan saya. Dia memakai kain sarong, berbaju melaju,
 berserban di kepala dan yang paling menarik membawa bakul rotan di
 ketiaknya. Saya rasa macam tak percaya.... itulah Menteri Besar
 Kelantan. Subhanallah.. penampilannya amat sederhana dan tanpa adanya
 seorangpun pengawal peribadi. Perasaan saya bercampur antara terharu
 dan bangga melihat beliau. Dia sendiri yang membeli barang-barang
 dapur, ikan serta sayur.
   
 Dalam pada memilih barang-barang datang seorang hamba Allah berjumpa
 beliau untuk meminta tolong menandatangi suatu dokumen (nampak macam
 kertas borang). Oleh kerana saya berada berhampiran dengan beliau
 (memang saya ikut pun kemana dia pergi) saya dapat dengar apa yang
 mereka perkatakan. Tuan Guru bertanyakan kertas itu untuk apa..
 urusan peribadi ke urusan kerajaan. Hamba Allah itu memjawab.. itu
 adalah urusan peribadi bagi meminta sokongan untuk meminjam buku teks
 sekolah anaknya. Lalu Tuan Guru mengeluarkan sebatang pen yang
 berharga 50 sen (saya rasa Kilometrico). Rupanya Tuan Guru ada 2
 pen.. 1 untuk urusan rasmi kerajaan (milik kerajaan) dan satu lagi di
 belinya sendiri untuk tujuan peribadinya saja.
   
 Tengok lah sendiri.. sampaikan perkara yang sebegitu.. beliau
 berhati-hati dalam mengunakan amanah rakyat tidak mahu tersalah guna
 apalagi dalam perkara yang besar.. Saya rasa amat bangga dengan
 beliau .
   
 Jadi saya rasa tidak ada sebab untuk kitak menolak pemimpin yang
 sebegini dan untuk dibandingkan dengan pemimpin Umno jauh panggang
 dari api.. yang Umno tahu hanya membuncitkan perutnya dengan wang
 rakyat.
   
 Sekian
 wasalam
 Mohd Zulkifli B. Mohd. Din
 (Central) #