SERANGAN PEMIKIRAN KE ATAS
AQIDAH UMAT ISLAM

        Ketika kerasulan Nabi Muhammad (SAW), sudah wujud asas-asas ketamadunan di Rom, Parsi, India dan Cina. Malah masyarakat Yunani sudah membina tamadun falsafah yang kuat pada waktu itu. Dalam masa yang sama setelah melalui 600 tahun untuk Kristian mambina asas kefahaman ketuhanannya; sekarang telah berlaku pergolakan dalam aqidah kristianiti yang berdasarkan falsafah Greek itu. Sikapnya yang jumud, menidakkan faktor ilmu dan melawan naluri kemanusiaan untuk maju menyebabkan fahaman itu ditolak oleh arus tamadun yang rancak berkembang.

       Jika diperhatikan bentuk-bentuk mukjizat Nabi-nabi sebelum itu didatangkan untuk menyelesaikan permasalahan semasa yang berbentuk visual dan keajaiban yang dapat dilihat mata kasar. Contohnya pada zaman Nabi Musa (AS), baginda terpaksa berdepan dengan cabaran dan amalan sihir yang meluas diamalkan oleh masyarakat ketika itu sehingga wujud pusat-pusat pengajian ilmu sihir. Namun mukjizat Nabi Muhammad (SAW) adalah berbeza, yang diturunkan dalam bentuk ilmu yang mencabar akal pemikiran manusia.

       Pada zaman kerasulan Nabi Muhammad (SAW) orang-orang Nasrani dan Majusi di Makkah bebas mengamalkan agama mereka tanpa halangan masyarakat. Begitu juga Yahudi yang kuat berpegang kepada Monoteism; menegah pengikutnya daripada membincangkan sifat sifat Tuhan. Nasrani juga mempercayai yang sama. Tetapi mengapakah kedatangan Islam yang juga membawa konsep monoteism ditentang?

       Agama tauhid yang dibawa ini menegaskan bahawa Tuhan itu Esa dan semua pengurusan hidup memfokuskan kepada ketauhidan dan mencabar bahawa semua yang selain dari itu ditolak. Mengiktiraf yang dirinya Ummi membawa makna bahawa:

  1. Baginda tidak dipengaruhi oleh ajaran-ajaran ahli Kitab;

  2. menunjukkan bahawa ajaran Islam itu original daripada Tuhan;

  3. Tiada agama ahli Kitab yang boleh menuduh bahawa Muhammad telah meniru agama mereka untuk kepentingannya.

       Golongan Mu'tazillah yang timbul selepas itu telah berdepan dengan kaum Nasrani dan mencabar mereka dengan logik akal. Namun golongan itu kini dikritik kerana ta'asub kepada logik akal. (Pada dasarnya logik hanya boleh digunakan untuk menyerang dan mempertahankan diri tetapi logik bersendirian adalah neutral. Oleh itu ia perlu kepada Wahyu untuk bersandar.)

       Imam Al-Ghazali sendiri bersikap mempersoal dan mencari jawapan. Katanya, "If I have no doubt, how can I be sure?". Aqidah Islam dibina atas kefahaman dan keyakinan yang kukuh kepada wahyu yang diturunkan.

       Umat Islam perlu memahami unsur-unsur yang terdapat di dalam tamadun Islam dan Barat demi untuk menghargai agama yang dianuti mereka. Tamadun Barat berkembang apabila ia meninggalkan agamanya kerana agama itu (Kristian, Yahudi dan Nasrani) sendiri menolak kemajuan dan ilmu. Sebaliknya Tamadun Islam naik dan berkembang bersama dan kerana agamanya.

       Oleh kerana disiplin ilmu di Barat hanya tertakluk kepada pembuktian oleh pancaindera dan method empirikal, tanpa menilai faktor roh/spirit maka bidang falsafah semakin terpinggir dewasa ini. Namun dalam masa yang sama mereka jatuh ke dalam dilema kerana hanya menggabungkan persoalan apa/what? dan bagaimana/how? tetapi tidak berupaya menjawap persoalan mengapa/why.


Hamiliya - SU Eksekutif HELWA-ABIM