Saudara Ismail IBrahim, YDP PAS Kawasan Bakri sesi 2001-2002

 

Saudara Ismail Ibrahim melalui syura dan diterima  oleh perwakilan Mesyuarat Agung kawasan telah dipilih menjadi YDP PAS Kawasan Bakri yang baru bagi sesi 2001-2002.

Dr. Sheikh Ibrahim bin Salleh pula juga melalui syura telah dipilih menjadi Timbalan YDP. Hj. Satar Hj. Taha, YDP yang lama telah dipilih oleh perwakilan dalam mesyuarat menjawat Naib YDP kawasan.

 

Berbeza dengan mesyuarat agung UMNO yang mana ramai yang berebut-rebut hendak jadi Ketua dan pelabagai jawatan dalam parti, sehinggakan berlaku gejala politik wang dan jatuh menjatuhkan, mesyuarat agung PAS Kawasan Bakri sebaliknya. Yang telah menerima pencalon terbanyakpun merasakan dirinya tak layak untuk menjadi pemimpin, dan mencadangkan orang lain yang difikirkan lebih layak daripadanya. Sehinggakan perjalanan mesyuarat menjadi kurang lancar.

 

Dalam ucapan penangguhan Saudara Ismail Ibrahim YDP kawasan yang baru,  merangkap Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS, Negeri Johor  dan AJK PAS Pusat, mengajak semua ahli PAS untuk meneruskan perjuangan dengan lebih gigih dan sistematik, menjana kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau menekankan budaya kerja berpasukan dan budaya kerja cemerlang, memandangkan kita tidak boleh lagi buat kerja secara alahabai.

 

Beliau menaruh keyakinan yang tinggi terhadap barisan kepimpinan yang baru dipilih, memandangkan ia terdiri daripada golongan profesional, berpengalaman dan teruji. Dengan komitmen yang tinggi dan sokongan semua ahli, insya-Allah apa yang menjadi aspirasi rakyat untuk melihat Bakri dimenangi oleh golongan pejuang Islam akan terkabul.

 

 

Ayah Aji