AKTIVITI

PAS Kawasan Bakri sentiasa merangka dan manjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk kepentingan jamaah dan masyarakat. Antara usaha yang giat dijalankan ialah memperbanyakkan aktiviti-aktiviti untuk memasyarakatkan PAS agar PAS menjadi tidak asing lagi di kalangan masyarakat, tidak kira Melayu atau bukan Melayu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah hasil usaha semua lujnah yang diwujudkan di dalam organisasi PAS Kawasan Bakri. Ini bermakna semua lajnah memainkan peranan khususnya Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan di bawah pimpinan Dr. Sheikh Ibrahim Salleh, bagi menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakaan. Sehingga kini PAS Kawasan Bakri telah mengorak langkah untuk memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat di Bakri dengan tertubuhnya Pusat Khidmat PAS di Ayer Hitam, Batu 18, Bakri. Unit ini diberi tugas untuk mengenalpasti masalah penduduk dan berusaha membantu mengatasinya dengan dibantu oleh badan-badan professional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

 

Selain dari itu program bersama juga diadakan di antara PAS dengan DAP. Hubungan yang baik antara kedua-dua buah parti alternatif di Bakri ini memberi keyakinan kepada masyarakat betapa Barisan Alternatif merupakan suatu gagasan yang mantap dan mampu menyaingi Barisan Nasional.

 

 

PROGRAM MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARIRAYA.
  Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri, Dr. Sheikh Ibrahim sedang menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada seorang janda di Kampung Jeram Batu.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kawasan Bakri, dimeriahkan oleh kumpulan Nasyid yang dipimpin oleh Bekas penyanyi Sheqal dihadiri juga oleh pimpinan dan ahli-ahli DAP MUAR.
Hj. Fadzil Hj. Taha Antara AJK yang bekerja
keras untuk membersihkan markaz dalam satu program Gotong Royong KAwasan Bakri.