Amanat H. Mahathir dan Pemimpin UMNO
"Apabila
hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,
nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan
ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh
meneruskan kerja."
(
Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
" Pada
pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia
sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
(Sulaiman
Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)
"Saya
cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
"Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
"Al-Quran
perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)
"Saya
akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional
tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr.
Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis
Tertinggi Umno, 1994)
"Kerja
yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Sukar
dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus
Islam".
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Kita (Kerajaan
Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi
masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan
ajaran Islam."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Bukan
kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita
tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak
bermakna mereka tidak Islam."
(Dr.
Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)
"Perlaksanaaan
hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh
bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan
dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr.
Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)
"Jika
mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri
atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang,
seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah
mereka boleh buat atau tidak."
(Dr.
Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)
"Kerajaan
Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan
politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum
hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu
menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan
politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara
Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
(Datuk
Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)
"PAS
tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan
perlembagaan Lord Reid."
(Syed
Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)
"Bagaimana
kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana
mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup?
Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat
berbilang kaum dan agama."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)
"Sebarang
undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan
undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."
(Datuk
Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)
"Jika
semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf
negara itu."
(Dr.
Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)
Dipetik dari Harakah Daily