RAYUAN DERMA

ayat-jihad.bmp (719900 bytes)

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman itu akan diri mereka dan harta-benda mereka dengan bayaran syorga kepada mereka."

(At-Taubah, ayat 111)

hadis-derma.bmp (465216 bytes)

"Dua malaikat turun setiap hari dari langit. Satu dari mereka berdo'a : Ya Allah, kembangkanlah harta orang-orang yang suka menghulurkan derma. Dan satu yang lain pula berdo'a : Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut)."

(Al-Hadis)

 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kawasan Bakri akan mempulih dan meningkatkan prasarana dan kemudahan Markaz  PAS Kawasan Bakri. Apabila siap, bangunan ini akan menjadi lebih ceria, selesa dan mwmpunyai peralatan yang cukup serta mempunyai bilik-bilik untuk menjadi pejabatbagi  PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat di tingkat atas,  sementara bahagian tingkat bawah akan digunakan sepenuhnya untuk Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Selain itu ia juga akan dijadikan pusat tarbiyyah untuk kegunaan kelas-kelas fardhu ain, kelas al-Qur’an, tusyen dan ceramah.

Anggaran kos projek ini ialah kira-kira RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja). Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik anda semua untuk memberikan sumbangan jariyah bagi membantu mempercepatkan pembinaan bangunan tersebut

Parti Islam Se Malaysia Kawasan Bakri sentiasa mengalu-alukan sumbangan derma dalam apa jua bentuk bagi menyokong dan membantu kami meneruskan program-program anjuran PAS Kawasan Bakri. Kepada yang berminat untuk menghulurkan derma, anda boleh memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun PAS Kawasan Bakri.


Nama Akaun : PAS KAWASAN BAKRI
Bank : BANK ISLAM (Caw. MUAR)
No Akaun : ______________