LAMAN WEB PAS, KAWASAN BAKRI

DILANCAR SEMPENA SAMBUTAN

JUBLI EMAS PAS, PERINGKAT KAWASAN.

 

Al-Hamdulillah, dipanjatkan setinggi pujian kepada Allah SWT. atas pelancaran laman web, PAS Kawasan Bakri, oleh Yang Berusaha Dr. Sanusi Daing Mariok, Pesuruhjaya PAS, Negeri Johor, pada 1 Mei 2001, di Markaz PAS Kawasan Bakri, Jeram Masjid.

 

Semasa pelancaran tersebut, Tn. Hj. Satar Taha, Naib YDP Kawasan Bakri telah memberi sedikit penjelasan tentang visi, misi dan objektif laman web kawasan dilancarkan. Antara yang terpenting ialah untuk memberi maklumat terkini tentang perkembangan politik di peringkat kawasan, negeri Negara dan antarabangsa. Naib YDP yakin dengan maklumat yang cukup dan sentiasa kini, semua ahli yang mengunjung laman-laman web di internet akan menjadi ahli politik yang lebih matang,  bermaklumat, dan dinamis. Ahli-ahli, khususnya dapat berintraksi dengan pimpinan PAS kawasan dengan lebih kerap dan pantas. Ini dapat menyumbang kepada perkembangan PAS Kawasan yang lebih pesat.

 

Naib YDP kawasan, merayu agar semua pimpinan, ahli dan orang ramai dapat melayari laman tersebut dan memberi sumbangan pandangan, ulasan, dan maklumat yang releven dengan perjuangan PAS dan Barisan Alternatif.

 

Satu Jawatankuasa IT akan dibentuk bagi memastikan Laman WEB Kawasan Bakri sentiasa dikemaskini mengikut jadual yang ditetapkan.

 

PAS Bakri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd. Faridz bin Salleh kerana telah banyak membantu dalam mencipta laman web ini. Juga PAS Bakri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Sanusi Daing Mariok, Pesuruhjaya PAS, negeri Johor kerana sudi melancarkan laman ini.

 

 

Ayah Aji