Projek saluran gas Malaysia - Thailand- Apa tujuan sebenar ? - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR,25 April (Hrkh) - Projek saluran gas Malaysia - Thailand adalah satu contoh bagaimana keputusan kerajaan tidak menggambarkan hakikat sebenar sesuatu perkara, kata ahli parlimen Dungun Haji Mustafa Ali.

Projek itu yang mendapat 'lampu hijau' untuk diteruskan berikutan lawatan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra ke Kuala Lumpur tempoh hari membabitkan saluran paip gas dari persisiran Kelantan merintangi Thailand.

"Sepatutnya point yang paling dekat ialah Kelantan atau Terengganu tetapi paip gas itu hendak dilalukan merentangi Thailand, masuk ke Kedah, satu yang tidak masuk akal", kata beliau ketika membahas Rancangan Mslaysia ke 8.

Biasanya kata Haji Mustafa, sesuatu perancangan dibuat berdasarkan tiga perkara iaitu nilai ekonominya, penerimaan masyarakat dan perlaksanaan."

Tetapi dalam pemerintahan BN yang diteraskan oleh Umno, tiga ini tidak cukup, kena tambah satu lagi iaitu politically desirable (kehendak politik) baru jadi projek.

Kalau tidak projek tidak boleh dilaksana," kata beliau dalam ucapan yang beberapa kali diganggu oleh ahli parlimen BN.

Justeru itu, Haji Mustafa menasihati "saudara saudara saya dalam Umno" supaya berfikir secara waras kerana apa bentuk pembangunan yang hendak dilakukan ialah untuk rakyat dan negara dan bukan untuk Umno."

Umno adalah sebahagian daripada sasaran yang hendak dicapai. Sasaran sebenar ialah raklyat", kata beliau.

Comments ? E-mail Us