SEJARAH PENUBUHAN PAS.
Penubuhan
PAS secara rasminya ialah pada
24 November 1951.
Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah
bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di
Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah,
khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad
Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi
telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan
akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).
Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga
ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu
Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945.
Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap
atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam
dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi
Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada
14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn
Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan
pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin
telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni
cuba menyamakannya dengan
pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul
Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di
Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila
bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di
kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS
pada 24 November 1951.
- Dari laman PAS Pusat