Make your own free website on Tripod.com
UNIT AMAL

 

amal.bmp (26038 bytes)

 

Unit Amal PAS Kawasan Senai adalah satu unit yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai. Ia berfungsi sebagai pasukan petugas serba boleh yang melaksanakan semua kerja utama di dalam program-program PAS samada yang kecil atau yang besar. Peranan Unit Amal tidak dapat dinafikan lagi apabila kerja-kerja seperti soal keselamatan, lalu-lintas, parking dan lain-lain dapat berjalan dengan amat memuaskan.

Selain itu Unit Amal juga terlibat di dalam kerja-kerja kemasyarakatan termasuk di dalam majlis khenduri kahwin, gotong-royong dan sebagainya. Masyarakat boleh meminta bantuan Unit Amal PAS Kawasan Senai sekiranya tenaga pasukan ini dirasakan dapat membantu majlis atau program yang mereka adakan. Ini adalah selari dengan hasrat Unit Amal yang ingin menjadi jambatan penghubung di antara PAS dengan masyarakat.

Unit Amal PAS Kawasan Senai boleh dikatakan baru, tetapi telah banyak terlibat dengan program-program anjuran Unit Amal Pusat dan Negeri Johor. Kejayaan unit ini banyak bergantung kepada daya usaha pengerusinya iaitu Saudara Zailani Omar.