Al-hamdulillah, kami memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran kepada Allah SWT. kerana akhirnya Laman Web
ini dapat juga dipaparkan di internet untuk tatapan sesiapa
juga yang berminat untuk mendapat maklumat mengenai
politik tanah air dan antarabangsa dan mengenai
perjuangan gerakan-gerakan Islam sedunia.

Kami yakin laman web ini sebanyak sedikit akan dapat
memberi sumbangan kepada mereka yang mahukan
maklumat terkini mengenai politik dan perjuangan Islam
khususnya. Justeru itu, untuk menjadikan laman ini
lebih benilai, sumbangan dalam bentuk berita, artikel, rencana,
esei, komentar dan sebagainya amatlah dialu-alukan.

Dalam era ledakan maklumat ini, mereka yang pantas mendapat
maklumat dan pantas serta mahir membuat penilaian, akan
beroleh banyak keberuntungan dalam apa bidang pun,
termasuk dalam bidang politik.

Disebabkan kami orang baru dalam arena ini, maka banyak
kekurangan dan kelemahan kami. Insya-Allah, dari masa
ke semasa, kami akan sentiasa meningkatkan kemahiran
kami, sehinga dapat menghasilkan sebuah laman web
yang benar-benar menarik dan bermutu.

Selamat berjuang!

Webmaster

 

Untuk mendapatkan maklumat seterusnya, sila KLIK
mana-mana tajuk yang ada di dalam FRAME di sebelah kiri
laman ini.

                                                                          
Alamat:  MARKAZ PAS KAWASAN BAKRI, JERAM MASJID, BAKRI,
84000 MUAR, JOHOR
 Telefon : 06-9866401 ; e-mail : pasbakri@hotmail.com